Welcome To Sek. Keb. Batu Gajah

Km 28, Batu Gajah Pasir, 77300, Merlimau, Melaka, Malaysia
twitter

Follow on Tweets

Sunday 30 October 2011

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2011

Satu perkhemahan tahunan unit beruniform telah diajurkan oleh pihak kokurikulum SKBG dengan disertai oleh dua buah sekolah lain iaitu SK Parit Penghulu dan SRA JAIM Arab. Penyertaan murid - murid dari ketiga - tiga sekolah amat menggalakkan. Permulaan perancangan peserta akan menginap di khemah masing - masing bersama ahli kumpulan yang lain. Namun kerana keadaan cuaca yang tidak menentu dan dikhuatiri akan mendatangkan bahaya peserta ditempatkan di dalam bilik penginapan yang disediakan. Walaupun begitu aktiviti yang dirancangkan berjalan lancar.Dengan kerjasama antara Ajk yang terlibat serta memerah keringat untuk memastikan aktiviti ini berjalan lancar. Antara aktiviti yang dijalani oleh para pesertapada hari pertama adalah 'ice breaking' yang mana dapat memupuk semangat setiakawan, persahabatan dan semangat berpasukan. Pada hari seterusnya peserta telah terlibat dengan aktiviti yang menguji fizikal dan mental seperti memanjat dinding buatan, 'abseiling', orienteering, dan pandu arah. pelbagai ragam peserta yang dari kalangan murid tahap dua. Pada malam kedua setiap sekolah menghantar wakil bagi persembahan malam kebudayaan. Pelbagai ragam, gaya dan genre yang telah ditonjolkan oleh peserta. Santapan rohani juga tidak dilupakan dengan hidangan ceramah dan motivasi daripada ustaz yang telah dilantik. Aktiviti sebegini amat perlu selain daripada pendidikan formal di bilik darjah. Selain dapat mengerat siratulrahim, aktiviti ini dapat memupuk disiplin, tanggungjawab, semangat kekitaan, patriotisme serta meningkatkan integriti dikalangan peserta. Diharap program sebegini dapat dijalankan di masa yang akan datang.












No comments:

Post a Comment