Welcome To Sek. Keb. Batu Gajah

Km 28, Batu Gajah Pasir, 77300, Merlimau, Melaka, Malaysia
twitter

Follow on Tweets

Sunday 17 April 2011

Bengkel Asas Pengendalian M/S Office 2007

Satu bengkel asas pengendalian M/S office (word/ powerpoint) telah dijalankan bagi murid tahap 2 SK Batu Gajah. Sambutan dari murid amat menggalakkan. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit ICT SK Batu Gajah. Beberapa orang guru terlibat dalam pengendalian bengkel ini. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid - murid tentang fungsi 'tool' dan peranan M/S word dan powerpoint. Walaupun subjek ICTL dijalankan dalam P&P namun, atas kesedaran untuk meningkatkan serta memantapkan pemahaman murid - murid bengkel ini telah dijalankan. Objektif utama bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pemahaman bagaimana M/S word dan powerpoint berhubung antara satu dengan lain. Pengendalian bengkel ini telah berjalan dengan lancar.


Monday 11 April 2011

S. K. Batu Gajah Naib Johan Bola Baling

 Isnin , 4 April 2011- Kejohanan Bola Baling MSS Melaka bagi kawasan merlimau bagi sekolah-sekolah rendah telah diadakan di padang SK Serkam Darat. SK Serkam Darat telah menjadi penganjur pada kali ini.11 pasukan daripada sekolah kawasan Merlimau telah mengambil bahagian .Pasukan dari S. K. Batu Gajah telah mendapat tempat ke- 2 dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada jurulatih Bola Baling S. K. Batu Gajah iaitu En. Mohd Ariff Mustahil, En. Mohd Zaki Zahari serta Lokma Wati atas segala usaha dan lelah. Keputusan pertandingan ialah ;-

Lelaki 12
S. K. Sempang (Johan)
S. K. Batu Gajah (Naib Johan)
S. K. Pulai ( Ke -3)

Perempuan 12 
S. K. Merlimau 2 (Johan)
S. K. Sg. Rambai (Naib Johan)
S. K. Bukit Tembakau (Ke-3)




Saturday 9 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 (2011)

Majlis Persaraan Pn. Hjh. Habibah bt. Hj. Ahmad (GPK 1 SKBG)


Pn. Hjh. Habibah bt. Hj. Ahmad telah mula berkhidmat di Sek. Keb. Batu Gajah Pada April 2001. Sepanjang beliau di S. K. Batu Gajah banyak sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan. Beliau juga seorang yang peramah dan tidak mudah marah. Beliau tidak banyak karenah dan tidak suka menyusahkan orang lain terutamanya kerja yang dibuat beliau. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 4 Mac 2011. Diharap beliau dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan sehingga akhir hayat. Jasamu tetap dikenang hingga akhir..

Thursday 7 April 2011

SENARAI GURU BESAR YANG BERKHIDMAT DI S. K. BATU GAJAH

1
ENCIK BABA BIN A.SAMAT
13.10.1930- 21.3.1931
2
ENCIK MAHADI BIN YUSUF
22.03.1931-08.10.1940
3
TN. HAJI SAID BIN HAJI HARON
09.10.1940-07.10.1943
4
TN. HAJI JAAFAR BIN MOHAMAD
08.10.1943-30.12.1946
5
ENCIK JAAFAR BIN ABD RAHMAN
31.12.1946-04.08.1948
6
ENCIK JAAMAT BIN IDRIS
05.08.1948-31.05.1956
7
ENCIK BABA BIN SAMAD.
01.06.1956-15.10.1960
8
ENCIK ALIMAN BIN MOHD DAUD
16.10.1960-12.01.1963
9
ENCIK OMAR BIN BABA
13.01.1963-02.07.1970
10
ENCIK ALI HASAN BIN BAKAR
03.07.1970-31.12.1972
11
ENCIK MUHAMAD BIN MD.YAKIN
01.01.1973-19.05.1974
12
ENCIK ALI BIN BAHARI
20.05.1974-05.02.1975
13
ENCIK ABD.MAJID BIN MD.DIAH
01.09.1977-15.01.1986
14
ENCIK HASSAN BIN IBRAHIM
16.01.1986-31.10.1986
15
ENCIK ABD.WAHAB BIN HASIM
01.11.1986-29.02.1988
16
ENCIK AB.WAHAB BIN MD.DANGI
01.03.1988-22.07.1996
17
ENCIK RAMLY BIN HUSSIN
23.07.1996-31.03.1997
18
ENCIK IBRAHIM BIN MOKTAR
01.04.1997-31.10.2003
19
PUAN AIMAH BINTI RASIDI
01.11.2003-16.09.2006
20
ENCIK ZUBIR BIN DAROIS
17.09.2006-15.08.2007
21
PUAN NATRAH BINTI BUDIN
16.08.2007- 01.12. 2008
22
PN. HJH. TENGKU ZAINON BT. CHE KU HINDONG
01.12.2008 - KINI

Sunday 3 April 2011

Makna Logo SKBG



LOGO   DAN   BENDERA   SEKOLAH
   Bendera terbina daripada dua jalur berwarna putih bersih dan biru laut.Di bahagian tengah  bendera  terdapat logo  sekolah.
  • Warna putih  - melambangkan keikhlasan.
  • Biru   - melambangkan elemen kehidupan di dunia dan di akhirat
  • Dua ekor gajah  -   sejarah asal usul nama kampung   bermaksud keperkasaan.
  • Obor  -  bermaksud  ilmu.
  • Jangka lukis  -  bermaksud keperluan  menguasai ilmusains.
  • Orang  -  murid – murid.
  • Bola  -  melambangkan bidang kokurikulum .
  • Mangkuk  -  melambangkan  sekolah ini  sebagai  sebuah wadah untuk melahirkan  Anak  Melaka  yang berpotensi.
  • *   Tulisan jawi  -  untuk menyemai rasa      kekitaan dan ras  bangga  dengan budaya  tradidi  kita.
      Warna putih bersih  melambangkan keikhlasan pendidik  dalam  mendidik anak-anak yang bersih dan suci serta bersedia  dicorakkan oleh ibu bapa  dan pendidik. Disamping itu gabungan warna putih dan biru melambangkan elemen kehidupan di dunia dan di akhirat  , di mana fungsi sekolah sebagai tempat menyediakan  anak –anak untuk menempuhi kehidupan  di dunia dan  bekalan di akhirat kelak.
      Logo   sekolah tertera nama sekolah pada bahagian atas.  Di kiri kanan di apait oleh dua ekor gajah. pada bahagian tengah terdapat obor  berwarna merah menyala, jangka sudut dan orang  dengan sebiji bola .  Di bahagian bawah pula terdapat sebuah mangkuk dengan nama MELAKA . Di bawah sekali nama sekolah dalam tulisan jawi dan slogan sekolah “BERUSAHA UNTUK KEMAJUAN”
Setiap perlambangan yang tertera  dalam logo sekolah membawa maksud tersurat  dan tersirat.  Sepasang gajah, disamping  mengimbau sejarah asal usul nama kampung tempat sekolah ini, juga mnembawa maksud  keperkasaan. Semoga  warga sekolah ini perkasa dalam  penguasaan ilmu  . Obor  bermaksud  ilmu, jangka lukis bermaksud keperluan menguasai ilmu sains .  Orang dengan bola  melambangkan bidang kokurikulum yang penting bagi semua murid.  Mangkuk  melambangkan sekolah  ini sebagai   sebauah 
wadah  untuk  melahirkan  anak Melaka  yang berpotensi . tulisan jawi diabadikan untuk menyemai  rasa  kekitaan dan rasa  bangga  dengan budaya  tradisi kita .