Welcome To Sek. Keb. Batu Gajah

Km 28, Batu Gajah Pasir, 77300, Merlimau, Melaka, Malaysia
twitter

Follow on Tweets

Thursday 26 May 2011

SENARAI GURU SKBG TAHUN 2011

AB RAHIM BIN OTHMAN
ARIFF ANWAR BIN MUSTAHIL
AZIZAH BINTI INDAH
BISMI BIN AB.RAHIM
FAUDZIAH BINTI  HAMZAH
HANIJAH BT SATIM
KARTINI BINTI SIRAT
KARZANA SUHAILA BT ABD LATIF
KHADIJAH BINTI JUSIN
LOKMA WANI BINTI BAIMAN
MAZIAH BINTI MAZLAN
MOHAMMAD ZAKI BIN ZAHARI
MOHD ABD HALIM BIN ZAKARIA
MOHD FARID BIN AB RASHID
MOHD NAZIR BIN OTHMAN
NAPSIA BINTI HJ ABU BAKAR
NOOR ARIFAH BINTI HJ ABDUL RAHMAN
NOR HAYATI BINTI JAINE
NORAISHAH BINTI MOHAMAD ISMAIL
NORAZURA BINTI GHAZALI
NORHAFIZAH BINTI MOHD JEMERAN
NORHAZLINA BINTI JUS
NORHAZURA BINTI RAMLI
NURHUZAIMA BINTI MAHZAN
RASIDAH BINTI KARIS
RAZLAN BIN CHE ROSE
ROHANA BINTI MOHAMED
SA'IEDAH BINTI MAZELAN
SALASIAH BINTI M OMMAR
SALWAH BINTI ABDULLAH
SARASWATHY A/P SHELVADORA
SITI HAJAR BINTI ISMAIL
SITINA 'AISAH  BINTI  ABDULLAH
TENGKU ZAINON BINTI CHE KU HINDONG
WAN NUR FARIZA BINTI WAN MUSTAFFA
YASER BIN AB. KADER
YUZANA BINTI MD. YUNUS
ZAITON BINTI MOHAMMAD
ZALEHA BINTI DAUD
ZAMZARINA BINTI ABDUL HAMID
ZULKIFLI BIN UMAR

Saturday 21 May 2011

Sejarah Pendidikan di Malaysia

Sejarah Pendidikan di Malaysia

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
  • Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
  • Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
  • Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Rang Undang Undang Pendidikan 1995
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
  • Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
  • Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
  • Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
  • Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
  • Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta




Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah
  • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
 (b) Pendidikan Rendah
  • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi   yang  boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;
  • Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;
 (c) Pendidikan Menengah
  • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;
  • Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada
            o    Sekolah Akademik
            o    Sekolah Teknik dan Vokasional
            o    Sekolah Kebangsaan Agama
(d) Pendidikan Lepas Menengah
  • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
  • Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
  • Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
          o    Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan  kepada              Jabatan Pendidikan Khas.
          o    Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Monday 16 May 2011

TEMA-TEMA PERAYAAN HARI GURU

2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA TAHUN 2011

Isnin, 16 May 2011- Semperna Hari Guru tahun 2011 ini, pihak SK Batu Gajah telah mengadakan sambutan hari guru dan hari pekerja serentak untuk tahun 2011 peringkat sekolah. Tema Hari Guru pada tahun ini kali ke-40 ialah " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Sambutan hari guru kali ini telah dimulakan dengan bacaan yassin yang diketuai oleh Al- Fadhil Ustaz Yasser bagi memohon keberkatan. Majlis hari guru ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar S. K. Batu Gajah iaitu Pn. Hjh. Tengku Zainon bt. Che Ku Hindong. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG iaitu En. Rahman b. Ahmad sebagai tetamu undangan. Pelbagai acara telah diadakan pada hari guru kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemberian hadiah, permainan kecil oleh guru dan staff sokongan, persembahan murid - murid dan guru - guru serta majlis pelancaran blog S. K. Batu Gajah. Sambutan hari guru kali ini berjalan dengan lancar seperti sebelumnya.

Sunday 15 May 2011

Pertandingan Membuat Sandwish -Anjuran Persatuan Puteri Islam

10 Mei- Persatuan Puteri Islam telah menganjurkan satu pertandingan membuat sandwish. Pertandingan ini melibatkan semua ahli badan beruniform sekolah.Masa Pertandingan bermula 3.30 petang - 4.30 petang dan telah diadili oleh GPK kokurikulum, En Ab Rahim bin Othman dan Setiausaha Kokurikulum Pn Sitina Aishah Abdullah.Pelbagai ragam murid dapat dilihat sepanjang aktiviti ini diadakan.Keputusan Rasmi belum lagi diketahui siapakah pemenangnya.....tunggu dan lihat sahaja nanti.....




kita dapat tahu..siapa yang buat..guru @ murid-murid....


 Sesi Penilaian oleh En Ab Rahim dan Puan Sitina Aishah

LADAP Kali ketiga

                                                               En Rasli bin Tumin



Penerangan oleh En Rasli bin Tumin
Penerangan oleh En Rasli bin Tumin
Latihan dalam Perkhidmatan kali ketiga SK Batu Gajah kali ketiga melawat ke sebuah perusahaan batik "Ras Batik " di Parit Penghulu, Sungai Rambai Melaka.Guru-guru didedahkan dengan satu pengalaman baru cara membuat Batik. encik Rasli bin Tumin, selaku pengusaha batik di Ras Batik memberi sedikit taklimat tentang cara membuat batik,dari proses memperkenalkan bahan-bahan dan alatan sehingga proses terakhir batik.Selepas itu, guru-guru melakukan praktikum membuat batik hasil sentuhan sendiri setelah diberi tunjuk ajar oleh En Rasli bin Tumin.Hasilnya emmmm boleh tahan juga.


  Hasil Kerja Guru-Guru SK Batu Gajah

Inilah Para Pemenang yang telah diadili oleh En Rasli bin Tumin


Para Pemenang
1) Puan Rahidah binti Karis
2)Puan Arifah binti Abd Rahman
3)Puan Salasiah binti Omar



Sesi Menjamu Selera..... Nasi Tomato....

Tanda Terima Kasih dari Warga Batu Gajah kepada En Rasli bin Tumin

P & P Luar bilik Darjah -Mei -Terapi Hidro dan Sambutan Hari Lahir

P & P Luar bilik darjah Pendidikan Khas kali ke 4 kali ini di jalankan pada 11 Mei 2011 di Kolam Renang MBMB dan Restoran Radix Fried Chicken Mydin Mall Melaka. P & P kali keempat ini warga Pendidikan Khas menjalankan aktiviti terapi hidro dan sambutan hari lahir.

Alhamdulliah murid-murid Pendidikan khas sudah pandai berenang dan berada tahap 12 kaki.tapi sayangnya guru-gurunya masih berada tahap 4 kaki sahaja.Pada Kali ini Mr Rajen selaku jurulatih renang telah mengajar murid-murid pendidikan khas melakukan lompatan aras 1. Pelbagai ragam yang dapat dilihat sepanjang aktiviti ini dijalankan.




Macam-macam ragam dan gelagat

Murid -murid melakukan lompatan aras 1