Welcome To Sek. Keb. Batu Gajah

Km 28, Batu Gajah Pasir, 77300, Merlimau, Melaka, Malaysia
twitter

Follow on Tweets

Thursday 7 July 2011

MINGGU SAINS 2011

Pada 4 hingga 8 Julai 2011 merupakan minggu bagi panitia sains. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran aero angkasa, haiwan, serta pertandingan dan kuiz yang menguji minda murid - murid. Aktiviti ini telah dianjurkan panitian sains yang diketuai oleh En. Mohammad Zaki Zahari dengan kerjasama ahli yang lain seperti Pn. Zaleha, Cik Lokma Wanie, Pn. Azizah serta guru yang mengajar subjek sains. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SK Batu Gajah. Diharap pelbagai aktiviti yang menarik dapat diadakan seperti ini oleh warga SK Batu Gajah di lain masa. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia dapat menggalakkan murid - murid untuk sukakan persekolahan dan menjadikan suasana yang kondusif bukan hanya diajar di dalam bilik darjah tetapi di mana - mana sahaja.