Welcome To Sek. Keb. Batu Gajah

Km 28, Batu Gajah Pasir, 77300, Merlimau, Melaka, Malaysia
twitter

Follow on Tweets

Monday 16 May 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA TAHUN 2011

Isnin, 16 May 2011- Semperna Hari Guru tahun 2011 ini, pihak SK Batu Gajah telah mengadakan sambutan hari guru dan hari pekerja serentak untuk tahun 2011 peringkat sekolah. Tema Hari Guru pada tahun ini kali ke-40 ialah " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Sambutan hari guru kali ini telah dimulakan dengan bacaan yassin yang diketuai oleh Al- Fadhil Ustaz Yasser bagi memohon keberkatan. Majlis hari guru ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar S. K. Batu Gajah iaitu Pn. Hjh. Tengku Zainon bt. Che Ku Hindong. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG iaitu En. Rahman b. Ahmad sebagai tetamu undangan. Pelbagai acara telah diadakan pada hari guru kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemberian hadiah, permainan kecil oleh guru dan staff sokongan, persembahan murid - murid dan guru - guru serta majlis pelancaran blog S. K. Batu Gajah. Sambutan hari guru kali ini berjalan dengan lancar seperti sebelumnya.




No comments:

Post a Comment