Sunday, 17 April 2011
Bengkel Asas Pengendalian M/S Office 2007
Satu bengkel asas pengendalian M/S office (word/ powerpoint) telah dijalankan bagi murid tahap 2 SK Batu Gajah. Sambutan dari murid amat menggalakkan. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit ICT SK Batu Gajah. Beberapa orang guru terlibat dalam pengendalian bengkel ini. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid - murid tentang fungsi 'tool' dan peranan M/S word dan powerpoint. Walaupun subjek ICTL dijalankan dalam P&P namun, atas kesedaran untuk meningkatkan serta memantapkan pemahaman murid - murid bengkel ini telah dijalankan. Objektif utama bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pemahaman bagaimana M/S word dan powerpoint berhubung antara satu dengan lain. Pengendalian bengkel ini telah berjalan dengan lancar.
Monday, 11 April 2011
S. K. Batu Gajah Naib Johan Bola Baling
Isnin , 4 April 2011- Kejohanan Bola Baling MSS Melaka bagi kawasan merlimau bagi sekolah-sekolah rendah telah diadakan di padang SK Serkam Darat. SK Serkam Darat telah menjadi penganjur pada kali ini.11 pasukan daripada sekolah kawasan Merlimau telah mengambil bahagian .Pasukan dari S. K. Batu Gajah telah mendapat tempat ke- 2 dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada jurulatih Bola Baling S. K. Batu Gajah iaitu En. Mohd Ariff Mustahil, En. Mohd Zaki Zahari serta Lokma Wati atas segala usaha dan lelah. Keputusan pertandingan ialah ;-
Lelaki 12
S. K. Sempang (Johan)
S. K. Batu Gajah (Naib Johan)
S. K. Pulai ( Ke -3)
Perempuan 12
S. K. Merlimau 2 (Johan)
S. K. Sg. Rambai (Naib Johan)
S. K. Bukit Tembakau (Ke-3)
Saturday, 9 April 2011
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 (2011)
Majlis Persaraan Pn. Hjh. Habibah bt. Hj. Ahmad (GPK 1 SKBG)
Pn. Hjh. Habibah bt. Hj. Ahmad telah mula berkhidmat di Sek. Keb. Batu Gajah Pada April 2001. Sepanjang beliau di S. K. Batu Gajah banyak sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan. Beliau juga seorang yang peramah dan tidak mudah marah. Beliau tidak banyak karenah dan tidak suka menyusahkan orang lain terutamanya kerja yang dibuat beliau. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 4 Mac 2011. Diharap beliau dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan sehingga akhir hayat. Jasamu tetap dikenang hingga akhir..
Thursday, 7 April 2011
SENARAI GURU BESAR YANG BERKHIDMAT DI S. K. BATU GAJAH
1 | ENCIK BABA BIN A.SAMAT | 13.10.1930- 21.3.1931 |
2 | ENCIK MAHADI BIN YUSUF | 22.03.1931-08.10.1940 |
3 | TN. HAJI SAID BIN HAJI HARON | 09.10.1940-07.10.1943 |
4 | TN. HAJI JAAFAR BIN MOHAMAD | 08.10.1943-30.12.1946 |
5 | ENCIK JAAFAR BIN ABD RAHMAN | 31.12.1946-04.08.1948 |
6 | ENCIK JAAMAT BIN IDRIS | 05.08.1948-31.05.1956 |
7 | ENCIK BABA BIN SAMAD. | 01.06.1956-15.10.1960 |
8 | ENCIK ALIMAN BIN MOHD DAUD | 16.10.1960-12.01.1963 |
9 | ENCIK OMAR BIN BABA | 13.01.1963-02.07.1970 |
10 | ENCIK ALI HASAN BIN BAKAR | 03.07.1970-31.12.1972 |
11 | ENCIK MUHAMAD BIN MD.YAKIN | 01.01.1973-19.05.1974 |
12 | ENCIK ALI BIN BAHARI | 20.05.1974-05.02.1975 |
13 | ENCIK ABD.MAJID BIN MD.DIAH | 01.09.1977-15.01.1986 |
14 | ENCIK HASSAN BIN IBRAHIM | 16.01.1986-31.10.1986 |
15 | ENCIK ABD.WAHAB BIN HASIM | 01.11.1986-29.02.1988 |
16 | ENCIK AB.WAHAB BIN MD.DANGI | 01.03.1988-22.07.1996 |
17 | ENCIK RAMLY BIN HUSSIN | 23.07.1996-31.03.1997 |
18 | ENCIK IBRAHIM BIN MOKTAR | 01.04.1997-31.10.2003 |
19 | PUAN AIMAH BINTI RASIDI | 01.11.2003-16.09.2006 |
20 | ENCIK ZUBIR BIN DAROIS | 17.09.2006-15.08.2007 |
21 | PUAN NATRAH BINTI BUDIN | 16.08.2007- 01.12. 2008 |
22 | PN. HJH. TENGKU ZAINON BT. CHE KU HINDONG | 01.12.2008 - KINI |
Sunday, 3 April 2011
Makna Logo SKBG
LOGO DAN BENDERA SEKOLAH
Bendera terbina daripada dua jalur berwarna putih bersih dan biru laut.Di bahagian tengah bendera terdapat logo sekolah.
- Warna putih - melambangkan keikhlasan.
- Biru - melambangkan elemen kehidupan di dunia dan di akhirat
- Dua ekor gajah - sejarah asal usul nama kampung bermaksud keperkasaan.
- Obor - bermaksud ilmu.
- Jangka lukis - bermaksud keperluan menguasai ilmusains.
- Orang - murid – murid.
- Bola - melambangkan bidang kokurikulum .
- Mangkuk - melambangkan sekolah ini sebagai sebuah wadah untuk melahirkan Anak Melaka yang berpotensi.
- * Tulisan jawi - untuk menyemai rasa kekitaan dan ras bangga dengan budaya tradidi kita.
Warna putih bersih melambangkan keikhlasan pendidik dalam mendidik anak-anak yang bersih dan suci serta bersedia dicorakkan oleh ibu bapa dan pendidik. Disamping itu gabungan warna putih dan biru melambangkan elemen kehidupan di dunia dan di akhirat , di mana fungsi sekolah sebagai tempat menyediakan anak –anak untuk menempuhi kehidupan di dunia dan bekalan di akhirat kelak.
Logo sekolah tertera nama sekolah pada bahagian atas. Di kiri kanan di apait oleh dua ekor gajah. pada bahagian tengah terdapat obor berwarna merah menyala, jangka sudut dan orang dengan sebiji bola . Di bahagian bawah pula terdapat sebuah mangkuk dengan nama MELAKA . Di bawah sekali nama sekolah dalam tulisan jawi dan slogan sekolah “BERUSAHA UNTUK KEMAJUAN”
Setiap perlambangan yang tertera dalam logo sekolah membawa maksud tersurat dan tersirat. Sepasang gajah, disamping mengimbau sejarah asal usul nama kampung tempat sekolah ini, juga mnembawa maksud keperkasaan. Semoga warga sekolah ini perkasa dalam penguasaan ilmu . Obor bermaksud ilmu, jangka lukis bermaksud keperluan menguasai ilmu sains . Orang dengan bola melambangkan bidang kokurikulum yang penting bagi semua murid. Mangkuk melambangkan sekolah ini sebagai sebauah
wadah untuk melahirkan anak Melaka yang berpotensi . tulisan jawi diabadikan untuk menyemai rasa kekitaan dan rasa bangga dengan budaya tradisi kita .
Saturday, 2 April 2011
Majlis Perpindahan En. Azahari b. Limat
Subscribe to:
Posts (Atom)