Monday, 21 January 2013
Monday, 2 April 2012
Kejohanan Bola Baling MSS Melaka Kawasan Merlimau 2012
MSSM 2012 Merlimau
Pada 20 hingga 22 Mac 2012 bertempat di SMK Sungai Rambai, Melaka.satu Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kawasan Merlimau. Sebanyak 26
buah sekolah menyertai kejohanan tersebut. Pelbagai jenis acara telah dipertandingkan seperti 100 meter, 200 meter, 4X100 meter, lempar
cakera, lontar peluru, lompat jauh dan sebagainya. SK Bau Gajah telah menduduki tempat ke-4. Peserta SK Batu Gajah bawah 12 tahun untuk acara lempar cakera telah memecahkan rekod. Walaubagaimanapun TAHNIAH diucapkan kepada kontigen SK Batu Gajah serta tenaga pelatihnya.
Sunday, 11 March 2012
Monday, 13 February 2012
MAJLIS MAULIDUR RASUL
Pada 10 februari 2012 Pihak SK Batu Gajah telah mengadakan majlis Maulidur Rasul sebagai memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa program tersebut berlangsung. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan acara membaca surah yassin mega, kemudian diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Acara dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim b. Zakaria yang merupakan salah seorang guru SK Batu Gajah. Acara diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Kemudian diikuti nyanyian nasyid serta nazam oleh murid - murid SK Batu Gajah. Aktiviti memberi bubur asyura kepada selururh warga SK Batu Gajah juga telah dijalankan dengan jayanya. Mudah - mudahan program ilmu sebegini akan mendapat keberkatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






































